Setelah satu hari menghadiri Perkhemahan Sehari Bengkel Berpidato, satu minggu menyiapkan video berpidato, satu minggu mengundi serta satu minggu menantikan keputusannya, akhirnya tiba juga hari yang amat dinanti-nantikan.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan SYABAS kepada setiap peserta kerana berani menyahut cabaran untuk berpidato dalam pertandingan Cakap Petah 2012. Setelah menonton setiap video, kami begitu bangga sekali melihat para peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa bengkel dalam ucapan pidato mereka dengan begitu baik sekali.
Kami ingin turut mengucapkan TAHNIAH kepada para peserta serta guru-guru dan ibu bapa yang terlibat kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan projek ini, sebagai satu usaha melestarikan Bahasa Melayu melalui pembelajaraan anak-anak.
Bagi yang tidak menang, usah putus asa kerana Insya-Allah dapat cuba lagi tahun hadapan. Mana tahu dengan pengalaman tahun ini, penyertaan tahun hadapan akan lebih hebat lagi? Belum cuba belum tahu ya!
Kini, kami akan mengumumkan keputusannya. Disebabkan persaingan yang sangat sengit, pihak kami telah mengambil keputusan untuk memilih EMPAT, dan bukan tiga, peserta yang terbaik dalam pertandingan berpidato secara online ini.
Adakah anda sudah bersedia?
Peserta yang telah mendapat kedudukan KEEMPAT dalam Pertandingan Dalam Talian Cakap Petah 2012 adalah.....
Peserta 14
Nurul Amanina
dari Sekolah Rendah Eunos
dengan topik pidatonya "Ibu"
Peserta yang telah mendapat kedudukan KETIGA dalam Pertandingan Dalam Talian Cakap Petah 2012 adalah.....
Peserta 5
Noreen Shazreen
dari Sekolah Rendah Xingnan
dengan topik pidatonya "Keluarga Erat Keluarga Bahagia"
NAIB JOHAN untuk Pertandingan Dalam Talian Cakap Petah 2012 adalah.....
Peserta 13
Ahmad Shamree
dari Sekolah Rendah Eunos
dengan topik pidatonya "Ayah"
Dan, JUARA untuk Pertandingan Dalam Talian Cakap Petah 2012 adalah.....
Peserta 7
Nur Adriana
dari Sekolah Rendah Yishun
dengan topik pidatonya "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi"
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada para pemenang untuk Pertandingan Dalam Talian Cakap Petah 2012!
Guru-guru bagi setiap sekolah yang menang akan dihubungi dalam masa yang terdekat untuk maklumat lanjut.
Bagi yang tidak menang, mereka tidak pulang dengan tangan kosong kerana setiap peserta telah pun diberi sijil penghargaan, hadiah, trofi, voucher makanan tajaan The Yogurt Place serta voucher buku latihan tajaan Erin Publishing House sewaktu majlis penyampaian hadiah pada hari perkhemahan tempoh hari. Menang ataupun kalah, semua tetap dapat hadiah!
Sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami, kami mohon maaf secara ikhlas. Kami berharap bahawa anda (guru/ibu bapa/ para pelajar) boleh menyelesaikan borang maklum balas melalui pautan di bawah ini agar projek ini dapat diperbaiki lagi mutunya pada masa akan datang:
http://freeonlinesurveys.com/s.asp?sid=6jlt977kixly53a6763
Dengan itu, salam hormat dan salam sayang daripada kami!
Acara Cakap Petah 2012 anjuran Sekretariat Persuratan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura
dengan kerjasama Kelab Pidato Toastmasters Temasek
telah ditaja oleh:




.jpg)




No comments:
Post a Comment